Informasi

Saturday, May 4, 2013

Hak-Hak Pengguna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Bertemu lagi kita didalam entri yang baru setelah sekian lama saya menghilang,sibuk dengan kerja.

Okey,mari kita ke pergi ke tajuk yang bakal saya ulaskan pada hari ini.Seperti yang boleh dibaca diatas,saya akan membicarakan tentang "Hak-Hak Pengguna".Sebagai seorang pengguna dalam menggunakan apa sahaja benda atau pun khidmat,tahukah kita dengan jelas akan hak kita ?

Hari ini saya akan memberitahu anda antara hak-hak kita sebagai pengguna.

Apakah hak kita sebagai pengguna ?


  • Hak untuk mendapat keperluan asas

Pengguna berhak mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan seperti makanan,pakaian,tempat kediaman,kesihatan,kemudahan awam,air dan sanitasi.


  • Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat

Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan,proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan


  • Hak untuk mendapatkan maklumat

Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.


  • Hak untuk membuat pilihan

Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan


  • Hak untuk menyuarakan pendapat

Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepntingan pengguna mendapat pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan,serta dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.


  • Hak untuk mendapat ganti rugi

Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan,kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

  • Hak untuk mendapat pendidikan pengguna

Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi memolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan,serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.


  • Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat

Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih,dan tidak berbahaya kepada genarasi masa kini serta genarasi akan datang.

Pengguna boleh melakukan aduan dengan:
Melalui talefon,laman web,surat atau datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna(PPAP)
Aduan juga boleh disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselasikan.Dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima merupakan bidang kuasa Bahagian Gerakan Kepenggunaan(BK) untuk menyelasaikannya.

Jadi untuk kes didalam telekomunikasi,saya pasti adanya pengguna menghadapi masalah seperti line-line yang sibuk ketika hari-hari perayaan atau pun ketiadaan servis.Apa yang boleh kita lakukan adalah menelefon "service centre" mereka dan saya pasti mereka akan memberikan panduan dan bantuan yang diperlukan.



Talian bebas tol
1-800-886-880

Portal rasmi
http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/



Kredit info :
http://www.kpdnkk.gov.my/pengguna/hak-pengguna

No comments:

Post a Comment