Informasi

Monday, June 10, 2013

Negara maju bersama evolusi telekomunikasi

Berikut merupakan hasil tulisan saudara Afiq Hanif yang disiarkan di myMetro.
BARU-BARU ini, Hari Telekomunikasi Sedunia disambut sederhana sebagai memperingati tertubuhnya Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) pada 1865.
Kalau anda ingin tahu, ITU adalah organisasi paling tua di dunia yang menggabungkan serta memberi idea pemba­ngunan sektor telekomunikasi secara menyeluruh dibentuk menerusi Konvensyen Antarabangsa Telegraf Sedunia pertama oleh 20 negara Eropah di Paris pada 17 Mei 1865.
Ia menjadi titik awal Hari Telekomunikasi Sedunia menjadikan persatuan berkenaan kukuh melangkaui sedekad penubuhannya menandakan betapa penting komunikasi dunia.

Malaysia juga tidak terkecuali apabila perkembangan telekomunikasi negara ini berlalu begitu pantas selari arus dunia yang bermula pada 1886 sebaik sistem rangkaian telegraf mula diperkenalkan dan seterusnya revolusi telefon pada 1891.
Foto
TELEFON...kemodenan telekomunikasi.

Tidak perlu diceritakan lagi, prasarana telekomunikasi selepas 1891 melonjak dengan kehebatan telekomunikasi terutama evolusi yang dicipta negara ketika perang suatu ketika dulu.

Perjalanan telekomunikasi negara ini bukan melalui jalan mudah, fasa demi fasa pembangunan prasarana dilaksanakan sehingga Malaysia muncul antara negara utama di rantau ini yang mempunyai perkembangan pesat industri telekomunikasi.

Anda boleh bayangkan evolusi rangkaian generasi keempat (4G) menerusi WiMAX yang paling dekat tidak sampai dua tahun dengan pembabitan sektor swasta bermula sejak 1987 lagi.

Lebih menarik, kemajuan pesat teknologi telekomunikasi turut terkena kesannya kepada bidang lain seperti multimedia, penyiaran, komunikasi dan maklumat.

Pengenalan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) pula mewujudkan gabungan di antara multimedia dan teknologi maklumat (IT).

Penyediaan kemudahan ini menjadikan masyarakat lebih berpengetahuan dan bermaklumat.

Mengikut perangkaan suku tahun keempat tahun lalu, pengguna telefon bimbit melebihi angka penduduk iaitu 28 juta orang, statistik menarik yang menunjukkan betapa perubahan telekomunikasi mencengkam manusia.

Namun, bagaimana perjalanan mencabar telekomunikasi pada masa depan?

Pada asasnya, Malaysia melakukan banyak perubahan dan reformasi dalam sektor telekomunikasi de­ngan pembabitan sektor swasta yang menyokong pembentukan serta pembangunan prasarana telekomunikasi negara.

Kepesatan industri komunikasi berjaya meletakkan Malaysia sebagai negara terbaik dalam menyediakan kemudahan telekomunikasi. Kadar penembusan perkhidmatan oleh pengguna juga meningkat.

Dari sudut teknologi, Malaysia tidak terkebelakang dengan adanya sistem telekomunikasi generasi ketiga (3G), perkhidmatan talian pelanggan digital asimetrik (ADSL) dan WiFi yang diperkenalkan sejak 10 tahun lalu malah ada yang tenggelam dengan rangkaian baru.

Peningkatan ini menunjukkan kepesatan sektor telekomunikasi di negara ini manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut mengeluarkan lebih banyak lesen dalam usaha meningkat­kan perkhidmatan komunikasi dan mewujudkan persaingan sihat di kalangan penyedia perkhidmatan.

Walaupun kewujudan banyak teknologi komunikasi termaju masa kini mampu meletakkan Malaysia setaraf negara yang sudah jauh ke depan dalam bidang telekomunikasi, masih wujud kelompongan dalam menyediakan perkhidmatan khususnya kepada masyarakat pengguna luar bandar.

Usaha memajukan telekomunikasi luar bandar pula diberikan kepada Pemberian Perkhidmatan Universal (USP) untuk meluaskan penggunaan perkhidmatan komunikasi serta aplikasi di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar dan kurang maju.

Pelaksanaan projek USP ini penting untuk memastikan kawasan di bawah kadar penembusan itu mampu menikmati kemudahan telekomunikasi pada masa depan.

Apa yang pasti, USP berupaya menggalakkan pemasangan lebih banyak talian dan aplikasi telekomunikasi di kawasan luar bandar.

Ia seiring usaha memastikan masyarakat di negara ini dapat turut sama dalam arus pemba­ngunan menggunakan teknologi telekomunikasi berkenaan.

Begitu juga dengan Inter­net Desa, program yang direncanakan untuk membawa teknologi ke kawasan luar bandar dan Projek Satu Rumah Satu Komputer yang dilancarkan pada Mac 2004 lalu.

Semua itu ke arah mewujud­kan masyarakat bermaklumat yang mampu menikmati kemudahan komunikasi tanpa mengira kedudukan lokasi atau taraf sosioekonomi menyaingi evolusi telekomunikasi.

Jurang digital wujud disebab­kan ada sesetengah golongan di negara ini tidak mempunyai akses kepada dunia telekomunikasi.

Pelbagai usaha dan pendekatan perlu diambil bagi menga­tasi jurang digital menerusi kerjasama dengan semua pihak sama ada kerajaan atau swasta.

Ukuran jurang digital tidak cukup dengan hanya mencatat­kan pemilikan komputer dan kadar penembusan perkhidmatan jalur lebar.

Ia sebaliknya perlu diperluaskan kepada kadar celik komputer serta kesan ekonomi yang perlu diberi perhatian.

Tanpa prasarana telekomunikasi yang baik, kemudahan untuk membuat capaian maklumat agak sukar dan secara tidak langsung hasrat untuk menyalurkan maklumat bagi tujuan pembangunan negara akan menjadi sukar.

Sistem telekomunikasi negara terus berkembang dengan pesat terutama dengan perubahan daripada sistem analog kepada sistem digital.

Perubahan ini amat penting kerana sistem digital digunakan dalam teknologi maklumat IT yang menyatukan bidang komunikasi, penyiaran dan maklumat.

Perkembangan pesat IT merangsang peningkatan sistem telekomunikasi di Malaysia bermula dengan sistem analog, sistem digital PCN dan GSM sehinggalah kepada Protokol Aplikasi Tanpa Wayar (WAP), Sistem Radio Paket Am (GPRS), sistem 3G dan terkini, sistem 4G.

Setakat ini, teknologi komunikasi 3G kini menjadi tumpuan pengguna telefon selular di negara ini berdasarkan kemampuannya untuk menghantar maklumat dalam bentuk multimedia yang mempelopori komunikasi ketika ini.

Sistem 3G menyediakan capaian menggunakan gelombang radio yang boleh disalurkan kepada talian tetap atau satelit.

Ia mempunyai kemampuan untuk membuat perayauan di seluruh dunia, menyediakan capaian internet dan aplikasi multimedia termasuk memindah turun permainan menggunakan telefon selular.

Keupayaan sistem 3G yang pantas menyokong perkhidmatan multimedia, penyimpanan mel dalam bentuk multimedia, merekodkan panggilan telefon secara tetap dan kemudahan perayauan secara global.

Pelaksanaan 3G banyak membuka peluang kepada evolusi lain termasuk membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang kreatif dan inovatif untuk menghasilkan maklumat berguna ke pasaran global.

Antara evolusi menerusi 3G termasuk video mengikut permintaan (VoD), permainan, laman sembang, aplikasi perniagaan dan kewangan, hiburan serta urus niaga.

Selain itu, inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC) yang diilhamkan pada 1996 turut menggalakkan pembangunan aplikasi bagi sektor telekomunikasi.

MSC bertindak sebagai pusat penyelidikan dan pemba­ngunan dalam pelbagai bidang seperti permainan dan hiburan.

Apa yang diharapkan, perkembangan ini mampu memberi sumbangan bermakna kepada negara terutama bagi membantu mewujudkan industri komunikasi dan multimedia yang berdaya maju dan berdaya saing pada peringkat antarabangsa.

Bercakap mengenai telekomunikasi juga mengaitkan kita dengan Rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Telekom Malaysia Bhd (TM) yang baru-baru ini mengetepikan rangkaian jalur lebar nasional (NBN) lain yang sedang dilaksanakan di rantau ini seperti saingannya, Rangkaian Jalur Lebar Negara Generasi Akan Datang (NGNBN) Singapura, Australia dan New Zealand.

Menurut firma penyelidikan industri telekomunikasi, Informa Telecoms & Media (ITM), projek HSBB, usaha sama 70:30 antara TM dan kerajaan, mempunyai 310,000 pelanggan pada April dan melepasi 1.2 juta premis di negara yang mempunyai rangkaian yang dijangka siap pada masanya dan dalam bajet yang ditetapkan.

Kabel gentian optik yang menjadi teknologi untuk mempercepatkan internet terbaik setakat ini terus melangkah maju apabila TM akan memajukan satu lagi projek mega dalam industri telekomunikasi negara apabila merancang membina sistem kabel gentian optik dasar laut utama yang kedua menghubungkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak tahun depan.

Perancangan projek kabel dasar laut merentasi Laut China Selatan yang terbaru itu membuktikan komitmen TM mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab IP serantau dan TM sebagai hab pertukaran maklumat utama Asia ke peringkat global.

Secara asasnya, semua kabel dasar laut utama di Sabah dan Sarawak ini sudah menggunakan gentian optik, cuma kabel saluran keluarnya saja masih belum ada gentian optik.

Tahun lalu, TM membelanjakan RM1.4 bilion bagi pembangunan projek HSBB lebih rendah berbanding sekitar RM1.6 bilion hingga RM1.8 bilion yang dibelanjakan pada 2010, dengan perkongsian pelaburan kerajaan kira-kira 50 peratus.

Seterusnya, dunia telekomunikasi tertumpu kepada satu lagi evolusi 4G iaitu LTE yang sudah didapati di sesetengah negara.

Agensi penyelidik, Juniper Research meramalkan jumlah pelanggan untuk rangkaian LTE akan mencecah 24 juta pada 2012, hanya dua tahun selepas versi awal teknologi terbabit diuji.

LTE dijangka menjadi pengganti jangka panjang dalam industri jalur lebar mudah alih kerana ia menawarkan laluan migrasi daripada teknologi 3G/HSPA yang sedia ada dengan lebih baik.

Setakat ini, syarikat telekomunikasi di Malaysia masih di pering­kat permulaan pengenalan LTE dan lebih tepat, hanya perjanjian persefahaman (MoU) berkaitan rangkaian saja dimeterai, namun prasarananya masih belum kelihatan.

Jadi, apabila beberapa peranti mudah alih yang dilengkapi cip LTE dikeluarkan, ia belum cukup mantap untuk digunakan secara bersepadu yang menggusarkan pengguna di negara ini.


INFO

Pelanggan syarikat telekomunikasi 

Maxis: 14 juta
DiGi: 10 juta
Celcom: 12 juta
U Mobile: 2 juta

*mengikut Q4 2012 
(kecuali U Mobile)

Sumber :myMetro

Wednesday, May 15, 2013

Suruhjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Seperti yang saya janjikan didalam entri sebelum ini,saya akan menerangkan dengan lebih teliti cara-cara untuk membuat aduan dengan lebih efisien.Hak bersuara merupakan hak kita kalian,itu merupakan hak asasi kita di negara yang demokrasi ini.Jangan takut untuk membuat aduan.

Langkah pertama adalah dengan melayari laman sesawang dibawah ini:
http://aduan.skmm.gov.my/

Kemudian,apa yang bakal kalian nampak adalah seperti berikut:


Kemudian,cuba lihat dibahagian kanan anda dan buatlah pilihan yang dikehendaki.



JIKA pilihan anda ialah aduan baru,apa yang bakal anda lihat ialah:


Kemudian anda boleh menekan pilihan yang kedua iaitu Aduan Pengguna.Servis ini adalah untuk merujuk kembali aduan yang telah anda buat tadi.


Akhir sekali adalah servis panduan pengguna.Anda boleh melihatnya terlebih dahulu untuk memahami dengan lebih lanjut dan mendalam cara-cara untuk membuat aduan sebelum membuat aduan.


Oh ya,SKMM hanya menerima aduan yang berkaitan dengan ;
  • Telekomunikasi
  • Penyiaran
  • Perkhidmatan Internet
  • Perkhidmatan pos/kurier
  • Pensijilan digital

Sekian sahaja untuk entri kali ini.Semoga entri ini dapat membantu kalian untuk melakukan aduan.

Syarikat telekomunikasi Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Di zaman globalisasi ini,di mana kemudahan internet merupakan satu keperluan dan bukan lagi kehendak,telah terbukti ramai bahawa komunikasi amat penting didalam kehidupan.Malah,hal ini merupakan sangat penting.Cuba kalian bayangkan,bagaimana hidup anda tanpa komunikasi?

Pastinya hari anda akan menjadi susah dan sukar.Selain daripada berkomunikasi secara langsung iaitu berjumpa dan bercakap secara depan-depan,dunia ini telah penuh dengan alat-alat komunikasi yang kian hari makin canggih.

Hal ini adalah gajet-gajet dan peranti-peranti canggih seperti telefon bimbit,IPad,komputer riba dan lain-lain lagi.Namun semuanya mempunyai satu tujuan utama yang sama iaitu untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain.

Namun,selaras dengan kemajuan tersebut,kita mestilah mempunyai syarikat telekomunikasi pilihan untuk menjadikan peranti tersebut berguna.Antara syarikat telekomunikasi yang terkenal di Malaysia yang adalah:
  1. Celcom 
  2. Digi
  3. Maxis
  4. Telekom Malaysia
  5.  U Mobile
Yang mana satukah yang menjadi pilihan anda?Saya pasti,setiap satu syarikat tersebut mempunyai kelebihannya yang tersendiri.Apa yang perlu ialah kita perlu sentiasa bijak dalam membeli dan menggunakan servis yang ditawarkan oleh mereka.

Jika ada sebarang aduan,kita boleh membuat aduan terlebih dahulu kepada "Customer Service" mereka.Jika masih tidak berpuas hati,kita boleh menggunakan cara lain yang lebih efisien dan lebih berkesan.

Yang dimana,saya akan terangkan cara itu dengan lebih teliti didalam entri saya yang seterusnya.Sekian.

Sunday, May 5, 2013

Statistik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Hari ini,saya akan berkongsi akan keratan-keratan akhbar yang ada berkait rapat dengan industri telekomunikasi.

Tahukah anda bahawa setiap tahun statistik pengguna telefon bimbit semakin meningkat?Jika ingin diikutkan,kanak-kanak juga sudah mempunyai telefon bimbit dan tab mereka yang tersendiri.Gara-gara terlampau banyak permainan dan aplikasi menarik yang boleh dimuat turun secara percuma telah menggiatkan lagi pembelian peranti-peranti ini.


Peningkatan setiap tahun didalam penggunaan telefon bimbit setiap tahun.






Kredit : GOOGLE IMAGE

Saturday, May 4, 2013

Hak-Hak Pengguna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.Bertemu lagi kita didalam entri yang baru setelah sekian lama saya menghilang,sibuk dengan kerja.

Okey,mari kita ke pergi ke tajuk yang bakal saya ulaskan pada hari ini.Seperti yang boleh dibaca diatas,saya akan membicarakan tentang "Hak-Hak Pengguna".Sebagai seorang pengguna dalam menggunakan apa sahaja benda atau pun khidmat,tahukah kita dengan jelas akan hak kita ?

Hari ini saya akan memberitahu anda antara hak-hak kita sebagai pengguna.

Apakah hak kita sebagai pengguna ?


  • Hak untuk mendapat keperluan asas

Pengguna berhak mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang memuaskan seperti makanan,pakaian,tempat kediaman,kesihatan,kemudahan awam,air dan sanitasi.


  • Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat

Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan,proses pengeluaran dan perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan


  • Hak untuk mendapatkan maklumat

Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak jujur atau mengelirukan.


  • Hak untuk membuat pilihan

Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan


  • Hak untuk menyuarakan pendapat

Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepntingan pengguna mendapat pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan,serta dalam pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.


  • Hak untuk mendapat ganti rugi

Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan,kurang bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

  • Hak untuk mendapat pendidikan pengguna

Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi memolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan perkhidmatan,serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.


  • Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat

Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih,dan tidak berbahaya kepada genarasi masa kini serta genarasi akan datang.

Pengguna boleh melakukan aduan dengan:
Melalui talefon,laman web,surat atau datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna(PPAP)
Aduan juga boleh disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselasikan.Dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima merupakan bidang kuasa Bahagian Gerakan Kepenggunaan(BK) untuk menyelasaikannya.

Jadi untuk kes didalam telekomunikasi,saya pasti adanya pengguna menghadapi masalah seperti line-line yang sibuk ketika hari-hari perayaan atau pun ketiadaan servis.Apa yang boleh kita lakukan adalah menelefon "service centre" mereka dan saya pasti mereka akan memberikan panduan dan bantuan yang diperlukan.



Talian bebas tol
1-800-886-880

Portal rasmi
http://e-aduan.kpdnkk.gov.my/



Kredit info :
http://www.kpdnkk.gov.my/pengguna/hak-pengguna

Friday, April 19, 2013

Maksud Aduan Pengguna dalam Industri Telekomunikasi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,blog ini merupakan blog yang diwujudkan khas untuk pertandingan blog sempena Hari Pengguna Malaysia yang dianjurkan oleh FOMCA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) dan Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) sempena ulang tahun ke-12 bagi pertandingan kepenggunaan.

Banyak pertandingan yang dianjurkan seperti,menulis esei,buku skrap,fotografi pengguna dan lain-lain lagi.Maka,sesiapa yang berminat untuk menyertai,bolehlah ke pautan dibawah;

Pertandingan Hari Pengguna Malaysia


Seperti yang telah dinyatakan ditajuk,saya akan mengemukakan maksud Aduan Pengguna Dalam Industri Telekomunikasi.Menurut kamus ,maksud setiap perkataan menurut kata dasar adalah seperti berikut:

Aduan: 

1)Memberitahu,menyampaikan berita,melaporkan
2)Hal,perkara yang diadukan
Contoh:Saya menyiasat sama ada aduaannya benar atau tidak.

Pengguna:

1)Kaedah:manfaat
2)Orang yang menggunakan atau mengambil sesuatu benda atau pekhidmatan;konsumer
Contoh:Semua pelajar digalakkan menyertai kursus yang bertajuk "Adakah anda pengguna yang bijak?"

Dalam:


1)ke bawah atau ke dasar permukaan
2)Mengandungi makna yang tidak mudah difahami,lebih daripada yang zahir:
Contoh:Perkataan itu dalam maknanya
3)Tidak nampak atau tidak ketara diluar


Industri:

1)Kilang;perusahaan membuat sesuatu secara besar-besaran
Contoh: Industri membuat songket masih diusahakan lagi dikampung-kampung

Telekomunikasi:

1)Teknologi perhubungan jarak jauh dengan menggunakan peralatan elektronik.


Konklusinya,maksud aduan pengguna dalam industri telekomunikasi adalah sebarang hal yang ingin diadukan oleh orang yang menggunakan sesuatu barang elektronik(pengguna) didalam isu berkaitan dengan telekomunikasi seperti telefon bimbit dan lain-lain lagi .

Isu yang berkaitan dengan telekomunikasi akan dijeleskan didalam entri yang lain,semoga berjumpa lagi :)